Friday, August 12, 2011

Peristiwa Penting di Bulan Ramadan



Menahan diri dari lapar dan dahaga saat bulan Ramadhan bukan bearti kaum muslim harus menghentikan aktivitas. Sejarah mencatat, terdapat banyak peristiwa-peristiwa penting yang terjadi justru pada bulan Ramadhan.



1.   Nuzurul Qur’an
Merupakan peristiwa turunya wahyu Allah Swt yang pertama kali kepada Nabi Muhammad Saw ketika beliau melakukan khawat di gua Hira. Peristiwa ini bertepatan dengan tanggal 17 Ramadhan.



2.   Turunnya perintah puasa dan pemindahan kiblat
Awalnya arah kiblat umat islam ke Baitul Maqdis, Palestina. Orang Yahudi merasa lebih besar karena puasa dan kiblat mereka diikuti kaum muslimin. Namun akhirnya turun perintah agar arah kiblat diganti ke Masjidil Haram. Alhasil berbedalah kaum muslimin dengan ahli kitab sehingga menjadi jelas mana yang haq dan mana yang batil.

3.   Turunnya kitab-kitab suci
Allah Swt menurunkan kitb-kitab-Nya kepada para Rasul di bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadist diriwayatkan : “Shuhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan. Taurat diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan, sedangkan Al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan” (Riwayat Ahmad).

4.   Ammul Hazan (Tahun Kedukaan)
Pada bulan Ramadhan tahun ke-10 H. Nabi Muhammad Saw menyaksikan wafatnya paman Rasulullah, Abu Thalib.

5.   Perang Badar
Perang pertama dan terbesar yang terjadi semasa hidup Rasulullah. Kaum muslimin memperolah kemenangan besar. Allah Swt menyebutnya dalam Al-Qur’an sebagai Yaumul furqan atau hari pembeda antara yang haq dan batil.

6.   Perang Khandaw (Perang Al-Ahzab)
Terjadi pada tahun 5 H di bulan Ramadhan. Dalam perang ini Allah Swt juga memberikan kemenangan kepada tentara Islam.

7.   Fathul Makkah
Terjadi pada 21 Ramadhan 8 H. Keberhasilan menaklukan kota Mekkah dari pengusaan kaum kafir Quraisy merupakan kemenangan besar yang diberikan Allah Swt kepada Rasulullah dan umat Islam. Apalagi pembebasan kota Mekkah tidak melibatkan pertumpahan darah. Proses pembebasannya berlangsung secara damai dan penuh dengan aksi simpatik. Rasulullah bersama sahabat meninggalkan Madinah menuju Mekkah pada 10 Ramadhan dan mulai memasuki kota Mekkah pada 21 Ramadhan.

8.  Perang Qadisiah
Perang ini terjadi pada bulan Ramadhan 15 H. Dalam peperangan itu, umat islam berhasil menaklukkan kerajaan parsi.

9.   Kemenangan tentara Islam pimpinan Umar Ibnu Asy
Kaum muslimin mangalahkan tentara Mesir yang beberapa saat sebelumnya menyerang tentara umat islam ketika melaksanakan shalat jum’at. Peristiwa ini terjadi pada bulan Ramadhan 19 H.

10. Tentara Islam mendarat di Andalusia
Peristiwa ini terjadi pada Ramadhan 91 H. Setahun kemudian, tentara Islam dibawah komando Thariq Bin Ziyad berhasil mengalahkan pasukan Raja Roderick.

11. Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentara salib
Perang salib terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan 584 H. Ketika tiba bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar ia beristirahat karena usianya yang sudah tua. Tetapi Salahhuddin menjawab “Umur itu pendek tetapi ajal selalu mengancam”. Tentara Islam berperang dan Berjaya.

12. Penaklukan tentara Mongol
Penguasa Mesir, Saifudin Qutha, menggerakkan pasukan menuju ke Syam untuk menghalangi tentara Mongol (yang baru saja menghancurkan Daulat Abbsiyah yang melumat pusat ilmu dan pengetahuan di Baghdad). Dua pasukan besar bertemu di ‘Ain Jalut (terletak di Palestina). Sejarah mencatat disinilah akhirnya pasukan Mongol ditumpas olej kaum Muslimmpada bulan Ramadhan 685 H.

13. Menggempur Israel
Pada Oktober 1973 (6 Ramadhan) bangsa Arab menggempur Israel dalam beberapa jam pertempuran. 200 pesawat Israel rontok dan 800 tanknya lumpuh. Israel di ambang kehancuran namun akhirnya selamat atas pertolongan “Amerika Serikat”.

14. Kemerdekaan Indonesia
Tanggal 17 Agustus 1945 adalah hari Jum’at di bulan Ramadhan. Negeri Muslim terbesar di dunia ini bebas belenggu penjajahan kolonialis Belanda.

sumber: http://blognyanuri.blogspot.com

Kisah panglima Islam yang berjaya menyeberang ke Andulisia sehingga selat itu digelar, selat Jabal Tariq atau selat Gibratal. Beliau adalah panglima yang berjuang demi Islam dan novel ini berkisah berkenaan beliau sejak dari kecil sampai beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kisah pejuang yang membebaskan Baitulmuqaddis. Panglima yang berjiwa besar dan tidak pernah gusar dengan apa pun. Menghancurkan semua penghalang namun tetap lembut pada yang lemah. Inilah novel yang mengisahkan kisah beliau.

















Kisah Perang Badar, perang pertama umat Islam.
Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar.
Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.







Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang. Dalam perang ini, sekiranya tentera ahzab dapat melepasi parit yang digali itu, tentera ahzab akan meluru dan menghapuskan seluruh Madinah. Tentera Islam terpaksa memperkukuhkan pertahanan dan tentera musuh terus mengepung sambil mencari jalan, perang pun semakin panjang. Pada hari ke-16 perang, tentera ahzab sudah nekad. Cara melepasi parit sudah dirancang. Satu serangan akhir, satu serangan besar akan dilancarkan. Serangan yang akan menentukan siapa yang menang perang. Sementara itu tentera Islam pula sudah berniat syahid. Lalu bagaimana akhirnya perang?

Thursday, July 21, 2011

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?



Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

keterangan:
MasyaAllah....masih ada ke orang yang berperangai macam ni.....
kalau masih ada,,,sama2lah kita berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk......
kita kena tahu,,,tiap2 apa yang Allah jadikan itu mesti ada sebab2 tertentu.....
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." (Q.2:30)
janganlah kita mempertikaikan apa yang Allah tetapkan & sentiasalah bertaqwa kepada-Nya

sumber: syokislam.blogspot.com

Tuesday, June 28, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe



When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Wednesday, February 2, 2011

Maher Zain Insya Allah Malay Version


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...